Thursday, 5 January 2012

Bolehkah Menyintai KEKASIH ORANG….???



Pada zaman ini, zaman globalisasi… Manusia ingin mencuba benda baru. Tetapi, perlukah anda mencuba untuk memiliki hak milik orang lain…??

Ada yang berpendapat bahawa menyintai kekasih orang tidak salah… Baru kekasih… Bukan suami @ Isteri orang…

Tapi, tahukah anda…??? Kerana sikap inilah.. pada hari ini ramai pasangan yang membina mahligai indah bersama musnah kerana orang-orang jenis ini…??

Begitu juga diriku sendiri… “Pacarku Hilang Di Ambil Orang”..
Hmmmm… Anggap sahaja bukan jodoh..

Kisah hidup ku kini ada di kedua-dua tempat…
Kekasih Di ambil orang…
Sekarang boleh kah ku Menyintai kekasih orang…??

Kawan rapatku sendiri memberi counseling kepadaku… “Perlukah kau menjadi corak yang sama seperti SI PERAMPAS itu..??
Betul juga kata kawan rapatku itu, ada ramai lagi jejaka/wanita di luar sana yang boleh mengisi ruangan hati ini tanpa ada nya persengketaan dengan orang lain..

Ada juga kawan lain berkata…. Sekarang semua orang pentingkan diri sendiri… Semua mahu mengejar kebahagian sendiri….

Tapi, jika ku mengikut kata kawanku ini…
Bahagiakah aku kerana membina hubungan di atas PENDERITAAN orang lain…??

Hal ini tidak dapat di salah kan hanya sebelah pihak sahaja..
SiDIA juga harus di persalahkan..
Kalau SiDia tidak memberi sebarang respon.. KECURANGAN ini tidak akan berlaku… Percayalaa…

Hmmm… exBF ku dahulu… 5 tahun kaple… tapi boleh putus di tengah jalan kerana SiDia sudah tidak menyintaiku dan menurutkan hati untuk mengenali orang lain…

Selama mana hubungan yang di bina..
Sekuat mana hubungan itu telah di materi..
Jika masih ada terselit sedikit niat untuk cuba mengenali yang lain walaupun pada mulanya hanya sekadar suka-suka..
Percayalahhh ini akan mengundang KECURANGAN jika hati sudah mula goyah.


Hal ini juga anda boleh lihat di satu sudut berbeza, SiDia sendiri yang mengorak langkah untuk mendekati orang lain dengan alasan kesunyian di tempat orang… Tiada siapa tempat untuk melepaskan kebosanan, tiada siapa tempat untuk melepaskan rindu kerana siPasangan berada jauh di mata.
Pada mula nya hanya ingin suka-suka mencari kawan di saat berjauhan dengan yang tersayang..

Tiba-tiba perasaan sayang mula wujud…
SiPasangan mula di lupakan
Semakin lama semakin hilang… Semakin hari semakin jauh..”
kerana orang yang anda kenali hanya sebagai seorang kawan bertukar menjadi CINTA….
Kerana….
Orang yang dekat akan selalu menang..”


Salah siapakah…???
Silalah pandang di banyak sudut..
Kadang-kadang ada yang menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjaga hubungan itu sebaik mungkin.. walhal, Si Pasangan itu sendiri secara diam-diam mengorak langkah ke atas kemusnahan hubungan yang lama terbina…

Ada yang mengatakan pasangan di rampas orang kerana si Perampas itu menggoda dan sebagainya…
Walhal, siDia yang memberi respon positive atas tindak tanduk si Perampas..
Walhal, SiDia yang mempunyai niat untuk mendekatkan diri dengan orang baru yang baru di kenali…..


Anda semua fakir-fikirkanlah atas apa yang telah saya debatkan…
Hidup ini penuh dengan teka teki..
Ibarat roda…..
Tepuk dada… tanya hati……….

Jika anda mengalami apa yang pernah saya alami…
Wajarlah anda berada dalam lingkungan “stress person”
Sebab nak ke sini, salah…
Nak ke sana pun salah….

Tetapi, sekiranya SiDia milik orang tak kisah lah KEKASIH, TUNANG atau ISTERI/SUAMI…
Cuba lah untuk MENGELAK..
Melainkan JODOH…
Wallahualam Bissawaa…






No comments:

Post a Comment