Tidak semua manusia mempunyai niat yang tidak baik atas diri kita. Tapi, perlulah berhati-hati…. Kerana kita tidak dapat menjangka apa yang ada di dalam hatinya.
Ada beberapa manusia yang anda boleh kenali adakah SIDIA ikhlas berkawan dengan anda atau hanya mengambil kesempatan…
Manusia seperti ini kita boleh menyedari akan kehadiran nya IKHLAS terhadap kita atau sebalikya….
Tanda-tanda Sidia IKHLAS
- Awal perkenalan, sidia menghormati anda kerana mereka dalam proses ingin mengenali anda.
- Mereka akan cuba mengenali anda dengan perlahan-lahan dengan cuba menghubungi anda melalu sms atau call.
- Banyak benda yang ingin mereka ketahui dari anda.. sehinggakan makanan kegemaran anda pun SIDIA ingin tahu.
- Mereka seorang yang sangat berhati-hati dan sabar dalam proses ingin mengenali anda.
- Anda boleh merasa sekiranya SIDIA benar-benar ikhlas berkawan kerana SIDIA tidak akan cuba untuk menipu anda.
- Sikap berterus terang SIDIA adalah amat bagus.
- Menerima anda seadanya..
Mereka yang benar-benar mengenali anda, mereka akan bersabar…. Tidak tergopoh gapah dan cuba untuk mengambil hati anda dengan cara yang lebih ideal tanpa kita ketahui kerana IKHLAS itu tidak dapat di ukur…
Tanda-tanda Sidia hanya ingin MENGAMBIL KESEMPATAN
- Di awal perkenalan, SIDIA sudah mula mengorak langkah untuk membawa anda dating tanpa merasa segan dan silu.
- SIDIA express menyatakan SIDIA berminat dengan anda dengan kerap menghubungi anda tidak kira masa.
- Bila ternampak anda dari jauh, SIDIA mengejar-ngejar anda ke mana anda pergi… (gentle la konon nyaa)
- Kurang komunikasi.
- Hanya berkata benda yang ingin dikatakan..
- Kurang berminat untuk mengetahui siapakah diri anda.
- Kerap membawa keluar.
- Menipu dan hipokrit
Berhati-hati dengan manusia jenis ini kerana apabila SIDIA sudah dapat apa yang di inginkan… SiDIA akan Cabut lari…
No comments:
Post a Comment