Tuesday 10 January 2012

Kebaikan Dan Keburukan Product D'Qistee

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kita sebagai wanita kita tak pernah lari dari dunia kecantikan. Kalau boleh setiap masa ingin kelihatan cantik tanpa adanya cacat cela di setiap lapisan kulit.. Jadi saya selalu mencari produk yang sesuai dan suka berkongsi dengan kawan-kawan diluar sana dan sanak saudara akan setiap produk yang saya cuba. Kita sedia maklum bahawa produk kecantikan yang mengandungi HIDROKUINON amat lah bahaya untuk kulit kita dan kesihatan. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam memilih produk kecantikan.

Memperkenalkan produk D'QISTEE BEAUTY yang masih baru dipasaran tapi mempunyai permintaan yang tinggi kerana produk ini bahan utama nya adalah MADU dan TIDAK MENGANDUNGI HIDROKUINON.  Dalam Al-Quran juga ada mengatakan bahawa madu adalah penyembuh segala penyakit.



Cubalah produk unggul ini dirumus khas dengan sari madu, sebuk mutiara dan herba yang terpilih
dari Malaysia, Indonesia dan China. Terbukti secara klinikal. Amat berkesan untuk:



· Kulitkusam, berjerawat dan berjeragat

· Menjadikankulit lebih anjal dan tegang.

· Gebu,halus, cerah secara semulajadi, segar dan awet muda

· Merasai perubahan dalam masa 1 Bulan.




Menurut pemerhatian saya sendiri sebagai pengguna, saya merasakan kesan nya amat baik kepada saya selepas menggunakan selama 2 minggu. Jerawat mulai kurang dan kulit kelihatan nampak lebih cantik, cerah dan sangat memuaskan hati saya..


Tetapi, ada yang membuatkan saya merasa kurang puas hati setelah saya menggunakan selama 3 minggu, kulit mulai tidak cantik disebabkan oleh kumpulan-kumpulan minyak yang terkumpul di bawah kulit. saya dengan rasa kurang selesa dengan keadaan kulit sebegitu membuat keputusan untuk membuat facial muka. Memicit keluar minyak yang terkumpul. Dengan senang minyak tersebut keluar... Tetapi... Kesan dari memicit miyak tersebut menimbulkan kesan kemerahan kepada kulit muka saya. Saya masih yakin akan kembali normal seperti biasa dan mungkin keeseokkan hari kulit wajah saya pulih seperi biasa...

Malangnyaaaa..... iya berlarutan seminggu.... 2 minggu.... hmmmm... perasaan kurang puas hati terhadap produk ini sudah mula timbul di dalam diri saya. Jerawat dahulu yang hilang, tumbuh kembali... Saya dapat ketahui minyak yang terkumpul itu adalah disebabkan oleh cream malam yang saya gunakan....

Sekarang saya sudah berhenti menggunakan produk ini kerana produk ini tidak sesuai untuk jenis kulit seperti saya... 

Tetapi, dalam masa yang sama... Saya ada mengesyor kan produk ini kepada rakan sekerja saya... Setakat ini kesan produk D'Q ini memberi kesan positif ke atas kulit beliau.. Harapan saya, beliau akan menggunakan produk ini selama mana produk ini masih memberi tindak balas yang baik terhadap kulit beliau. Ini mugkin produk ini sesuai dengan kulit beliau..

Jadi, tidak salah untuk mencuba produk ini... kita tidak tahu produk ini sesuai untuk kita. Sekiranya sesuai, itu adalah nasib yang baik terhadap anda. Sekiranya tidak, cubalah lah produk yang lain pula.. 

Sekian Terima Kasih... :)







5 comments:

  1. Terima kasih bagi maklumat berguna ttg produk ni..mmg tgh tercari2 testimoni yang jujur..hehe

    ReplyDelete
  2. produk ni da di tarik balik kelulusannya by KKM sbb ade mengandungi merkuri.so,hati2 bila membeli ye :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Yup...better xyah try klu kulit ok..long term effect Tu bt kulit rosak n breakout..penjual spttnya kna jujur..jgn nk untung cpt jer

    ReplyDelete
  5. LuckyClub: Online Casino Site With Free Spins in Canada
    LuckyClub is a one-of-a-kind online casino that's giving you a massive welcome bonus of 카지노사이트luckclub up to $1600. Read our review to get details on how to claim your

    ReplyDelete